Doa Seorang Kekasih



Oh Tuhan..

seandainya telah kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku..
 satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan..

Ya Allah.,ku mohon apa yang telah kau takdirkan..
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku..
Kerana kau tahu segala  isi hatiku..
Pelihara daku dari kemurkaanmu..,

Ya Tuhanku yang Maha Pemurah..,
Beriku kekuatan jua harapan.,
Membina diri yang lesu tak bermaya.,
Semaikan setulus kasih di jiwa..,

Ku pasrah kepadamu kurniakanlah aku.,
Pasangan yang beriman  bisa menemani aku.,
Supaya aku dan dia dapat melayari bahtera kemana cinta yang engkau redhai..

Ya Allah..Oh Tuhan…
Seandai dia milikku..satukanlah..

Ya Allah.,ku mohon apa yang telah kau takdirkan..
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau tahu segala  isi hatiku..
Pelihara daku dari kemurkaanmu..,

Ya Tuhanku yang Maha Pengasih.,
Engkau sahaja pemeliharaku.,
Dengarkaan rintihan hambamu ini.,
Jangan engkau biarkan aku sendiri.,
Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya.,
Gantikanlah yang hilang tumbuhkan yang telah parah.,

Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat.,
Padamu tuhan ku memohon segala..

No comments:

Post a Comment